Thursday, July 21, 2011

Index Jisim Badan @ Body Mass Indexs (BMI)


Perkara utama dalam mengenalpasti tahap kesihatan anda, adalah berat badan dan ketinggian anda, ketinggian seseorang tidak melambangkan kesihatan, tetapi BMI atau pun Index Jisim Badan menentukan tahap kecergasan, stamina dan kesihatan anda tidak kira lelaki atau wanita.

Apa yang penting dalam kehidupan selain wang? Sudah tentu kesihatan, apa guna ada wang RM1,000,000.00 jika anda mengidap sakit jantung kronik, kencing manis dan tekanan darah tinggi yang membawa kepada strok dan seterusnya lumpuh.

Cara dan langkah yang terbaik untuk pastikan anda sentiasa sihat, perlukan sebuah mesin penimbang, mesin kira dan kertas. Catatkan BMI anda dari minggu ke minggu, jika dapatkan atau usahakan capaian BMI ke 18.5 – 22.9 (BMI Ideal), jaga pemakanan anda dan minum 8 gelas sehari air masak.Kurangkan gula, minyak dan garam dalam pengambilan diet anda. Jika anda perlukan makanan tambahan atau nasihat samaada menambah atau menurunkan berat badan, hubungi kami di SASA Fitness Collection

Index Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah



  • Bawah 18.5 kurang berat
  • Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat
  • 23 hingga 27.4 lebih berat
  • 27.5 dan keatas gemuk / obesiti
Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:
  • berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
  • mengandung atau menyusukan anak
  • seorang ahli sukan yang aktif

No comments:

Post a Comment